Thursday, 7 April 2016

KENALI PUNCA MASALAH JERAWAT SEBELUM RAWAT


1. Masalah Hormon 

Bagi Seorang Remaja, Kelenjar Sebaceous Mengembang Dan Mengeluarkan Lebih Banyak Sebum Di Bawah Pengaruh Hormon Yang Dikenali Sebagai Hormon Androgen. Hmm... Sebab Tulah Kalau Kita Tengok Hari Ini Lebih Ramai Dari Kalangan Remaja Perempuan Dan Awal Dewasa Yang Mengalami Masalah Jerawat Berbanding Wanita Dewasa. Walaubagaimanapun, Kebiasaannya Liang Sabaceous Yang Hasilkan Sebum Ni Akan Semakin Berkurangan Apabila Meningkat Dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria 

Terdapat Bakteria Yang Dikenali Dengan Nama Propionibacterium Acnes. Ini Adalah Salah Satu Bakteria Yang Biasa Ditemui Dalam Sel Kulit. Sumber Makanannya Ialah Sebum Dan Sel-sel Mati Pada Permukaan Kulit. Orang Yang Mempunyai Masalah Jerawat Biasanya Mempunyai Lebih Banyak Bakteria Ini Pada Kulit Mereka. Oleh Itu, Berhati-Hati Semasa Menyentuh Jerawat Kerana ia Boleh Memindahkan Bakteria Ini Ke Bahagian Yang Lain Pula.

3. Pengambilan Makanan

Isu Pemakanan Jadi Punca Jerawat Sebenarnya Tidak Dapat Dibuktikan Dengan Jelas. Tapi Memandangkan Diet Pemakanan Kita Mempunyai Kesan Langsung Terhadap Insulin Dalam Badan Kita, Maka Ia Juga Boleh Mempengaruhi Hormon-Hormon Lain Dalam Tubuh Termasuklah Hormon Androgen Tadi. So Secara Tak Langsung, Adalah Juga Kaitannya Pemakanan Kita Tadi Sebagai Penyebab Pertumbuhan Jerawat. Seeloknya Elakkan Makanan Yang Berminyak Dan Pedas. Makanan Pedas Jika Selalu Diambil Boleh Mengaktifkan Keradangan Pada Jerawat.

4. Stress

Percaya Atau Tidak, Lagi Anda Stress, Lagi Banyaklah Jerawat Yang Akan Keluar. Berterusan Dalam Stress Hanya Akan Memburukkan Lagi Simptom Jerawat Anda. Walaubagaimanapun, Dengan Rawatan Yang Betul, Jerawat Masih Boleh Dicegah. Stress Teruk Boleh Menyebabkan Radang Terhadap Jerawat. Hal Ini Kerana Adrenalin Serta Hormon Androgen Yang Ada Dalam Badan Dikeluarkan Secara Berlebihan Apabila Kita Stress Dan Menjadi Punca Lebih Banyak Jerawat Keluar.

5. Penggunaan Kosmetik Dan Alat Solek

Jika Anda Selalu Menggunakan Alat Solek Dan Kosmetik Pada Wajah, Tetapi Tidak Membersihkannya Dengan BAik, MAka Ini Boleh Menjadi Penyebab Tumbuhnya Jerawat. Pilihlah Alat Solek Yang Berasakan Bahan Semulajadi Untuk Kulit Lebih Sihat. Memilih Alat Solek Yang Mengandungi Bahan Terlarang Dan Merbahaya Hanya Akan Memburukkan Lagi Keadaan Anda.

6. Pancaran Cahaya Matahari 

Sebenarnya Cahaya Matahari Bukanlah Penyebab Utama Masalah Jerawat. Walaubagaimanapun, Haba Yang Dihasilkan Oleh Cahaya Matahari Kepada Anda Boleh Menyebabkan Kulit Anda Berpeluh Dan Berminyak Sekaligus Menyebabkan Liang Roma Anda Juga Tersumbat.

7. Pakaian

Haa.. Jangan Tak Tau.. Pakaian Anda Juga Boleh Jadi Punca Anda Ditumbuhi Jerawat Terutamanya Pada Bahagian Belakang Badan. Belakang Badan Kita Juga Mempunyai Ribuan Kelenjar Dan Liang Roma Yang Boleh Memerangkap Sebum Dan Minyak. Oleh Itu, Pakailah Pakaian Yang Sesuai Dengan Iklim Tropika Di Malaysia Ni. Pakaian Yang Sesuai Ialah Yang Memudahkan Pengudaraan Pada Kulit Anda Dan Bersih. Bukanlah Bermaksud Anda Perlu Mendedahkan Aurat Yer.. Menurut Satu Kajian, Memakai Pakaian Tertutup Yang Tidak Mendedahkan Kulit Anda Secara Langsung Semasa Keluar Boleh Mengelakkan Masalah Seperti Kanser Kulit Dan Jangkitan Bakteria Akibat Pencemaran. Itulah Salah Satu Hikmahnya Umat Islam Diperintahkan Untuk Menutup Aurat.  Selain Menjaga Maruah Dan Keaiban Diri. Orang Yang Malas Mandi Juga Lebih Berisiko Mendapat Jerawat Pada Bahagian Badan. Haa Gi Mandi ! Hehe..

=) =) =)

Dah Hadam Semua Puunca Masalah Jerawat Kan? Mencegah Lebih Baik Dari Merawat Kan? Tapi Kadang Dah Buat Semula Benda Tetap Jugak Naik JERAWAT . Geram Kan..!


Kini Dyamia Scar Serum Diformulasikan Dari 2 Bahan Aktif Untuk Menyingkir Sel2 Mati Pada Kulit Berparut (Carica/Getah Betik) Dan Merawat Dan Memulihkan Semula Kulit Kembali Asal (Vitamin E). Dyamia Juga Berkesan Untuk Kecutkan Jerawat, Melembabkan Kulit, Mudah Menyerap Kedalam Kulit Dan Tidak Berminyak.



KENAPA PARUT MUNCUL?

"Parut Adalah Proses Semulajadi Badan Yang berlaku Ketika Proses Pemulihan. Apabila Lapisan Kulit Terluka, Tisu Yang Cedera Akan Digantikan Dengan Tisu Parut. Tisu Parut Tidak Serupa Dengan Tisu Yang Digantikannya. Parut Akan Kelihatan Berbeza (Dan Mempunyai Ciri-Ciri Yang Berbeza) Daripada Tisu Kulit Di Sekitarnya."

ADA BERAPA JENIS PARUT?

1) Parut Kesan Luka

Parut Kesan Luka Atau Nama Saintifiknya Hypertrophic. Parut Jenis Ini Kebiasaannya Berlaku Disebabkan Oleh Luka Akibat Terkena Objek Tajam, Bekas Pembedahan Dan Kemalangan. Kebiasaannya Ketika Proses Pemulihan Luka, Tubuh Badan Akan Menghasilkan Gentian Kolagen Baru Yang Akan Menggantikan Gentian Kolagen Yang Hilang Ketika Berlaku Kecederaan. Parut Jenis Ini Terhasil Akibat Penghasilan Gentian Kolagen Yang Melebihi Had. Ia Selalunya Bewarna Agak Kemerah-Merahan Dan Timbul Sedikit Berbanding Tisu Asal.

2) Keloid 
Parut Keloid Adalah Jenis Parut Yang Lebih Serius Serius Berbanding Parut Jenis Hypertrophic Kerana Ia Boleh Membesar Daripada Saiz Asalnya. Ini Parut Yang Biasanya Kita Nampak Pada Mereka Yang Mengalami Luka Kemalangan Yang Dalam Dan Kesan Terbakar. Parut Ini Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Sahaja Tetapi Lebih Kerap  Berlaku Kepada Mereka Yang Berkulit Gelap. Parut Jenis Keloid Sering Disalah Anggap Sebagai Parut Hypetrophic Kerana Bentuknya Yang Agak Sama. Kebiasaannya Kita Boleh Lihat Parut Jenis Ini Di Bahagian Bahu Dan Dada.

3) Parut Kesan Jerawat

Parut Ini Juga Dikenali Sebagai Atrophic. Ini Adalah Jenis Parut Yang Paling Biasa Kita Lihat Dan Mungkin Anda Sedang Menghadapinya. Parut Jenis Ini Kebiasaannya Terhasil Disebabkan JERAWAT Dan Chikenpox. Parut Jenis Ini Biasanya Akan Meninggalkan Kesan Lekuk Di Bahagian Tersebut Terutama Wajah

4) Stretch Marks
Parut Stretch Mark Adalah MUSUH NO 1 BAGI WANITA Yang Baru Melahirkan Anak. Ia Disebabkan Oleh Regangan Kulit Berulang Kali Khususnya Ketika Hamil. Ia Juga Boleh Berlaku Pada Mereka Yang Kehilangan Berat Badan Secara Drastik Terutama Di Bahagian Sendi. Kebiasaannya Parut Ini Akan Hilang Secara Semulajadi Selepas Beberapa Tahun.