Parut Kesan Luka Atau Nama Saintifiknya Hypertrophic. Parut Jenis Ini Kebiasaannya Berlaku Disebabkan Oleh Luka Akibat Terkena Objek Tajam, Bekas Pembedahan Dan Kemalangan. Kebiasaannya Ketika Proses Pemulihan Luka, Tubuh Badan Akan Menghasilkan Gentian Kolagen Baru Yang Akan Menggantikan Gentian Kolagen Yang Hilang Ketika Berlaku Kecederaan. Parut Jenis Ini Terhasil Akibat Penghasilan Gentian Kolagen Yang Melebihi Had. Ia Selalunya Bewarna Agak Kemerah-Merahan Dan Timbul Sedikit Berbanding Tisu Asal.
2) Keloid
Parut Keloid Adalah Jenis Parut Yang Lebih Serius Serius Berbanding Parut Jenis Hypertrophic Kerana Ia Boleh Membesar Daripada Saiz Asalnya. Ini Parut Yang Biasanya Kita Nampak Pada Mereka Yang Mengalami Luka Kemalangan Yang Dalam Dan Kesan Terbakar. Parut Ini Boleh Berlaku Kepada Sesiapa Sahaja Tetapi Lebih Kerap Berlaku Kepada Mereka Yang Berkulit Gelap. Parut Jenis Keloid Sering Disalah Anggap Sebagai Parut Hypetrophic Kerana Bentuknya Yang Agak Sama. Kebiasaannya Kita Boleh Lihat Parut Jenis Ini Di Bahagian Bahu Dan Dada.
3) Parut Kesan Jerawat
Parut Ini Juga Dikenali Sebagai Atrophic. Ini Adalah Jenis Parut Yang Paling Biasa Kita Lihat Dan Mungkin Anda Sedang Menghadapinya. Parut Jenis Ini Kebiasaannya Terhasil Disebabkan JERAWAT Dan Chikenpox. Parut Jenis Ini Biasanya Akan Meninggalkan Kesan Lekuk Di Bahagian Tersebut Terutama Wajah
4) Stretch Marks
Parut Stretch Mark Adalah MUSUH NO 1 BAGI WANITA Yang Baru Melahirkan Anak. Ia Disebabkan Oleh Regangan Kulit Berulang Kali Khususnya Ketika Hamil. Ia Juga Boleh Berlaku Pada Mereka Yang Kehilangan Berat Badan Secara Drastik Terutama Di Bahagian Sendi. Kebiasaannya Parut Ini Akan Hilang Secara Semulajadi Selepas Beberapa Tahun.
Rujukan Yang Baik.
ReplyDeleteTq
DeleteSya ade parut bekas jahitan yg agak besar dekat leher..... Soalan..ape care yg paling baik utk rawat...?
ReplyDelete